Saturday, February 16, 2008

Entry No.3

Sama Tapi Berbeza

Apakah ertinya sebuah rumah tanpa unjung?!
Seorang pendekar tanpa keris?!
Seorang pahlawan tanpa pedang?!
Adakah sebuah rumah akan kekal kukuh
setelah 6 daripada 19 tiangnya runtuh dan ranap?
Mungkin masih berdiri,
tetapi tidak akan sama kekukuhannya, selamanya...


Every single credit goes to my certain friend.
(but, it was nameless, so i just named it)

Tuesday, February 12, 2008

Entry No.2


Pemergian,

Satu perkataan yang mempunyai banyak
maksud. Dan disebalik maksud-maksud itu
ada membawa bersama perasaan-perasaan
yang antaranya, sedih dan duka.

Apabila perkataan ini disebut, mungkin
ianya membawa tujuan menyatakan bahawa
seseorang pergi meninggalkan. Hakikatnya,
didunia ini, seorang insan tidak mungkin
menyerupai yang lain.

Oleh itu, walaupun patah tumbuh hilang
berganti, tidak mungkin yang mengganti
akan sama dengan yang diganti... tidak
mungkin...

tidak mungkin akan mengisi
kembali kekosongan yang dirasai dihati...


originally made by me


Sunday, February 10, 2008

Entry No.1

Tali Persahabatan
Tali persahabatan itu,
merupakan pengikat ukhuwah kita...
Kekuatan tali itu telah menyambungkan ukhuwah kita,
dengan penuh keeratan.
Walaupun tali itu telah berkurang kepanjangannya,
kekuatannya masih tetap sama,
masih lagi kuat,
masih lagi utuh;
memegang erat ukhuwah kita...


Exclusively made by no one else other than ME...