Tuesday, February 12, 2008

Entry No.2


Pemergian,

Satu perkataan yang mempunyai banyak
maksud. Dan disebalik maksud-maksud itu
ada membawa bersama perasaan-perasaan
yang antaranya, sedih dan duka.

Apabila perkataan ini disebut, mungkin
ianya membawa tujuan menyatakan bahawa
seseorang pergi meninggalkan. Hakikatnya,
didunia ini, seorang insan tidak mungkin
menyerupai yang lain.

Oleh itu, walaupun patah tumbuh hilang
berganti, tidak mungkin yang mengganti
akan sama dengan yang diganti... tidak
mungkin...

tidak mungkin akan mengisi
kembali kekosongan yang dirasai dihati...


originally made by me


No comments: