Monday, March 31, 2008

Entry No.5

Berbeza

Indah kabar dari rupa,
hanya itu yang dapat dipotrasikan,
kupatut tahu dan sedar yang ianya adalah satu fatamorgana sahaja.
Yang dicipta hanya untuk perhiasan luaran semata mata.
Tanpa dihiraukan kualitas apa yang ada di dalam.

Sungguh, tidak kusangka,
apa yang dijangka tidak terjaga,
apa yang rasa hanya yang tak terjangka,
menyebabkan, punah segalanya perancangan yang dibina.

Yang tinggal hanyalah sebuah memori,
yang terpaksa diingatkan kembali,
mengenang kisah suka yang disusuli,
demi menghalang hati daripada dilukai.

Yang mengenang akan terluka,
yang dikenang akan terasa,
itulah hakikat yang lara,
tiada apa yang dapat dibeza,
hanya diri ini yang waja,
meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba....

No comments: